Archive for August, 2005

famili angkat yg dh x terangkat

Saturday, August 27th, 2005

aku yakin x ramai yg tau mengenai famili angkat aku ni. not even my closest cousin’s n 2nd cousin’s let alone my close frens.

sebnarnya, arini adalah wedding akak angkat aku yg telah dibuat di pandan indah (x jauh dr flamengo hotel/ampang puteri/ampang point) yg bernama rafikah. makan sedap gak, dapat lah jumpa famili angkat aku blk. sedih aku masa nak balik, masa cium tangan ‘mak’, teringat kat arwah ‘abah’ aku. menyesal aku x dpt pegi pengkebumian dia dulu.

anyway, famili angkat aku ni mmg org susah. aku x berapa sure camana aku bleh di’adopt’ oleh diorang, pasal aku consider kes ni sensitif untuk tanya lebih2 sgt dgn mak aku. tapi dr apa yg aku dpt tau, masa aku kecik2 dulu, angah aku(2 tahun lebih tua dari aku), ada problem sket la. meaning, utk lebih beri perhatian kpd angah aku, aku telah diberi kepada insan2 yg mulia ini, utk diberi kasih sayang yg secukupnya. diorang ni dulu tinggal kat flat blakang bangunan dewan bahasa dan pustaka x jauh dr times square ni. aku rasa mcm ada je lg flat tu. still dbkl x robohkan demi pembangunan. tp diorang skarang dok ampang indah.

anyway, selain dari ‘mak’ dgn arwah ‘abah’, ada lagi 4 org ahli keluarga. abang zul(dia ni mmg biker, suka bwk moto besar), kak jah, kak ikah n sabil (setahun tua aku).

‘abah’ merupakan seorang mistik gak ar. dia ni mmg pandai jampi2 ni, buat air jampi, tangkal, azimat dan yg seangkatan dengannya. aku dah lupa mana aku letak pisau tangkal dia bg dulu. sori ya ‘abah’. lgpun aku dh kurang percaya kepada benda2 mistik ni. dia ni seorang strict displinarian. ada gak ar aku merasa penangan dari dia. hehe. tp x seteruk aku kena dgn ayah aku kot. aku ingat lg peristiwa dia bakar lipas hidup2 depan mata aku. cuak siul bila lipas tu menggeletek.

‘mak’ pulak seorang yg bleh dikatakan keras gak ar. aku pun ikut je ar ckp dia, tanpa melawan. seingat aku, dia lah yg telah mengajar aku makan nasik putih masa kecik2 dulu. dengan lauk kicap to be exact. aku rasa kalo dia xde, maybe aku makan roti je kot sampai skrang ni. hehe. mat saleh siul aku. thanx ‘mak’ ajar aku makan nasik.

aku x berapa ingat pasal abang zul ni. pasal masa aku dok dgn diorang ni, dia jarang lepak dgn aku, balik rumah pun jarang. maybe time tu, dia nak enjoy kebebasan. tapi skrang dia dh ada famili ceria dgn 3 org anak.

kak ijah dgn kak ikah mcm biasa la. they are the closest i ever had to having a real sister in my life. mulut diorang ni memang payah nak tutup. ada je membebel nye. hehe. korang nye akak aku rasa sama gak kot dgn diorang ni. :p

dan last but not least, sabil. dia nilah teman setia aku, masa aku dok dgn diorang dulu. pegi kedai sama2, main game sama2 dan mcm2 lg. aku ingat lg masa kitorang main badminton, dia tersmash shuttlecock kena forehead aku. apa lg menangis la aku. mungkin dia takut aku repot ‘abah’, dia telah belanja aku aiskrim. tutup kes. x jadi aku nk repot. skang sabil ni tgh expecting anak kedua dlm bulan februari ni.

how time flies right? lupa aku nak bgtau yg aku tinggal bersama diorang ni masa zaman pra-sekolah aku n a few times masa tadika dulu. n fast forward to present day, aku dpt rasakan yg kemesraan dulu x mungkin dtg balik. aku dgn diorang ni seolah-olah ada shield yg x mampu kitorang nak pecahkan. dah x bleh selamba mcm dulu. well, u dont expect after 15-20 years time, things will stay the same.

walau apapun, aku dgn famili aku ada gak ar beberapa kali melawat diorang dlm setahun n kitorang memang every raya akan melawat ‘famili angkat’ aku ni. untuk ‘mak’ atau lebih mesra dikenali sebagai ‘cik lah’ yg dikasihi, aku x mungkin dpt membalas jasa baikmu waktu dulu. thanx for the shelter, food, clothing, love, support n evryting else during my early childhood days. i love u all. dan semoga Allah mencucuri roh arwah ‘abah’ aku, cik karim tukang masak.

idup bola makan bola main bola

Friday, August 26th, 2005

hehe. akhirnya segala pertanyaan mengenai grouping champions league terjawab jua. dan team fav aku, man utd berada dlm kumpulan D bersama villareal, lille dgn benfica. bleh dikatakan senang gak ar group ni. konfem 10 point dlm 4 game. bleh lah diego forlan bertemu former bos dia dan tunjukkan aksi beliau yg sebnar.

aku nak tgk game liverpool vs chelsea. definitely sparks will fly in this games. hehe. just hope that these two teams wont cancel out each other. kang x pasal2 anderlecht dgn real betis lak dpt masuk.

crite pasal bola ni, dulu kecik2 aku minat gila kat liverpool, masa zaman bruce grobbelaar, mark wright, john barnes, peter beardsley. pastu tah camana minat aku beralih ke man utd. maybe sebab eric cantona kot. ingat lagi aku zaman diorang, keeper peter schmeichel, defense gary pallister, steve bruce, dennis irwin, midfield roy keane, eric cantona, lee sharpe, striker mark hughes.

aku rasa i got hooked to football during 1990 world cup, where germany beat argentina 1-0. sapa skor tah penalti tu. ingat lagi tv kecik 10 inci, xde kaler kat dalam bilik aku, aku mcm gila je tiba2. dan sampai skarang i still support germany national team, england, holland n of cos world champions brazil.

itu idup bola makan bola. skrang main bola lak. aku main bola? hehe. masa skolah menengah ada ar kot. ingat lagi selection, aku try main keeper dgn defense. dua2 hancus. setakat main kat padang seblah rumah aku ada ar. tergolek brapa byk kali pun aku dh x ingat. tp byk gak score2 menarik aku. long shot, header, score from acute angle. hehe. nak harap aku gelecek mcm cristiano ronaldo x dpt ar.

aku juga merupakan goalkeeping coach sambilan pu3 kickers (x berbayar, tp kalo training dgn diorang, sewa pitch xyah batar). aku nampak banyak talent diorang ni especially fid, ila, ija, fiza, arni, jus dan yg lain. tapi yg peliknya, bila diorang ni main dgn kitorang (team budak lelaki @ mdgg), diorang main kasar gila, fight for every ball. tapi bila friendly dgn team pompuan lain, ada je yg x kena. hehe. coach nye silap gak kot.

aku dah beberapa kali masuk tournament futsal n surprisingly kejap menyinar kejap malap. xde konsistensi langsung. 1st tournament kat misa tahun 2003, kitorang berjaya ar runners-up plate, dapat ar rm200. tournament ni merupakan 1st tournament kitorang as a team. so ramai ar yg gugup. yg biasa shooting power, time ni lah shooting ke laut je memanjang. dan kekalahan kitorang plg teruk juga berlaku dlm tournamen ni, apabila kitorang kalah 9-1 kepada mppj veteran. hehe. cuba bayangkan ar korang lawan dgn dollah salleh, anuar abu bakar dan yg seangkatan dgnnya. walaupun diorang ni old-timer, tp skill, speed, stamina diorang still cun lg.

pastu ada ar beberapa lg tournamen aku pun dh x brapa ingat. tp yg plg aku ingat, tournamen kat sports planet. kitorang champ siul. hehe. 2 penalti aku save. bleh dikatakan aku hero la kot masa tournamen tu. tp aku rasa dalam bola ni, suma org ada peranan masing2. so just stick to the game plan, n u will be alright.

so thats is bout me for this time. byk lg nak cite lepas ni. pasal gaming, music dan mcm2 lg. i guess it can wait for tomorrow. time to lepak lowyat.net forum again. see u guys there. carik la aku dekat forum tu, under name donpapachino.

mlm yg biasa

Thursday, August 25th, 2005

hehe. baru nak berjinak-jinak dgn blog ni, x tau lak apa nk cite. salah satu sebab aku tulis bog ni psl masa byk sgt kot, tp x tau apa nk buat. nk lepak mapley cam malas je, dan mcm xde org je kat saji skang ni. main game, xde mood lak.

pening kpala aku main game bloodrayne 2. dia nye camera cam palat je. pastu puzzle dia tah apa2 tah. aku main pun sbb suka2 je. dan aku plg suka finishing moves dia. bleh pancung2 kpala org, bleh belah2 badan org. tp xpe, pasni bleh main dungeon siege 2. nak main battlefield 2 online, kejap lag kejap ok. lg tensen aku. rindu tul aku dgn game2 spt fallout 2 (sanggup aku blah awal time exam spm, semata-mata nak main game ni), baldurs gate dgn neverwinter nights. bleh tahan ar hardcore gamer aku ni. kata pc baru je upgrade. apa lagi, main game la. hehe.

nak chatting mlm ni, xde org lak. yg ada ct zaza(former colleague aku) je.

tp arini aku mcm nk demam je. hidung dh tesumbat, hingus pun dh cair2 sket. isap rokok pun sampoerna hijau skang. aku mmg isap okok ni kalo demam/x sihat. mcm ubat gak ar utk aku. better than panadol kot. hehe.

mlm ni draw untuk champions league, so aku harap man utd dapat ar team2 sng sket. lawan artmedia ke thun ke olympiakos pun jd lah. smlm lupa lak nak usha game kitorang lwn debrecen (lupa nak suruh nat kejutkan ;p). tp slambe je diorang lauk debrecen ni 3-0. heinze 2, richardson 1 bijik. this season aku optimistik sket la dgn diorang. pre-season ok, keeper mantap (4 clean sheet berturut-turut weh), byk player renew contract (rio, scholes), striker suma on fire etc.

lupa, sambil tulis2 ni, aku dgr lagu crazy frog berulang-ulang kali. cam siul je lagu ni, tp layan gak ar kpala. ilang sket pening aku ni. hehe. ingat frog ingat lak kat R. hehe. semoga ‘katak’ sorang ni bahagia hendaknya skarang. im sorry bout the past, ok?

awek, byk nk cite psl awek ni. skang aku single (dh stahun ke? aku pun x ingat). dulu kecik2 byk ar cinta monyet ni. x campur zaman skolah rendah la. x ingat la. mula2 dgn H1(bukan nama sebnar), form 3 eh? bdk pj. then H2(bdk ss15), aku pun x tau aku suka kat dia ke x? suka bahagian atas dia kot? hehe. dgr cite dia mempunyai aset no 2 tebesar kat smsj. btul ke zano/shahir?

pastu bila keje part-time metrojaya, time cuti skolah form 4 nak masuk form 5, ada lak sorang minah nama N1. sampai skang aku x tau apa jd dgn dia ni. pastu masuk upm, aku jd budak baik. culture shock kot. hehe. suma org pakai tudung je. cuak aku. spanjang pengajian, aku stay single, tp flirt sket2 ada ar. hehe. my biggest catch must be R1. muka, body suma complete. senang cite x malu ar bwk jln2. telebih bangga ada ar. weh wan poyo, apa cite dia? penat2 aku bg details dia kat ko, xkan ko xleh trace dia? kecik je sg petani tu. then ada la H1, F1, A1, A2, R2. maybe aku ni bosan sgt kot, xpun possessive sgt. hehe. tp aku caring la weh. haha.

tp skang, aku stil mencari, tp xde yg mlekat. ada yg nak kat aku, tp aku lak xnak kat dia. yg aku suka, dia lak jual mahal. hehe. lumrah dunia kot. wat goes around, comes around.

ok next topic. tgh mem’bt’ red eye dgn dukes of hazzard. x tau best ke x cite ni. lama siul x tgk wayang. dulu2 ada kaki, slalu ar g mid valley dgn hakem, katik, siva, pak ‘an, wan kali. siap jumpa henfon masa main game kat arcade dia. hehe. weh katik, mana komisen aku weh? kita tgk shrek 2 kalo aku x silap mlm tu. mmg ong btul la mlm tu. aku pun ada ingat, aku main virtua striker sorang2 kat arcade tu, pdhal towkay dia dh lepak tmpt kitorang, game lain suma dh off, dgn harapan nak kitorang blah. sori la tokeh, gua main virtua striker hebat sgt la. kalo x samai final, x sah la. hehe. menunggu la ko, sampai aku abis main ni.

last skali aku tgk wayang cite star wars 3: revenge of the sith. dgn zaid aka ah keong (ofis mate aku), ari diorang open kat maysia, 19 mei kalo aku x silap. aku mmg fanat cite star wars ni. hehe. tapi yg peliknye, dgn pompuan pun aku layan cite action. jahat kan aku, x temankan diorang tgk cite jiwang2? dgn A tgk cite matrix, dgn D tgk cite alexander, dgn R tgk punisher. hehe. patut ar diorang blah, asyik nk ikut kpala aku je kot. hehe.

ok lah. sampai cni je kot. aku ada masa aku update lg. sok cam biasa, lepas smayang jumaat, lepak gerai no 8 dgn kazen aku. sabtu ni akak angkat aku kawin lak, sabtu depan abang aku kawin lak. byk tul org kawin ni. mak ai, dlm sedar x sedar, panjang tul blog aku ni. ok lah. mula esok aku ringkaskan kot. maybe sebab ni 1st blog aku. thanx kpd sesiapa yg membaca. any comments?

testing

Thursday, August 25th, 2005

hehe. saja je nak test tulis blog ni. cambest je. apa nk tulis, aku pun xde idea. nak tdo, leklusapkoklu.