Archive for December, 2005

Keindahan minum di saji (teh singgit)

Friday, December 30th, 2005

Seperti wiken-wikenku yang lain, port yang paling diminati pada waktu malam adalah melepak di kedai saji dengan meminum teh singgit faveretku. Biasanya lepak dalam kul 9.30 ke 10+ ke.

Bersama-sama sahabat2 karibku (pader, dede, iklan, sultan, fareezz, saidul, lokmanisboroi dan lain2 lagi bukan nama sebenar), samada tengok live bola ke(ada big screen), baru abis main futsal ke ataupun saja2 lepak ke, memang inilah meeting point kitorang. Memang kalo lepak saji ni, air yang paling sedap bagiku adalah teh singgit. Kalo lapar, biasanya aku order nasi lemak telur mata nasik lebih xpun nasi goreng cina telur mata.

Nak kata best sgt lepak saji ni, best la jugak. Sambil borak2, gelak2 kan kawan, kutuk2 kawan x kisah depan2 ke blakang2 ke, suma no hard feeling. Aku sampai skrang x ingat ada 1 time tu, aku gelak kaw2 sat sampai x cukup nafas, member aku cakap, sehinggakan aku mcm nak mati dah, tapi alhamdulillah xde apa yg berlaku.

Sambil pekena suria sbatang beli kat kedai indah maju, diikuti dengan pall mall light 10, memang meriah betul la hidup time tu. Boleh dikatakan masa berlalu begitu sahaja, sedar2 dah lewat malam. Biasanya aku yg paling cepat nak balik kalo xde aktiviti. Kalo aku still larat, uptown adalah destinasi seterusnya, aku ngidam tul dgn french fries kat cowboy station.

Oleh itu, marilah kita bersama2 lepak kat saji.