Archive for April, 2006

balik kampung

Thursday, April 27th, 2006

hohoho balik kampung. sok nak grak kluang, nikah kazen aku then majlis kat jb isnin ni. lama gak x g kluang ni, tapi dgr jalan dah ok dah. skrang dah 2 lane nak ke bandar kluang dari exit hiway.

bleh la beli kerepek ‘berempah’ kegemaran aku kat bus stop kluang dgn rege rm8 1 peket besar. aku slamba je bleh abiskan sepeket ni dlm masa sehari. sok tgk game chelsea vs manu dgn karel la nampak gayanya.

then gerak jb lak. byk tempat aku x dpt cover raya tahun lepas sebab byk aktiviti. so diharapkan dpt la melawat tempat2 baru dan lama seperti danga bay, tebrau city, angsana, jln dobi, susur dll. yang paling penting dapat la merasa murtabak daging panas2 kat sg chat ke kg mlayu ke johor jaya ke.

oklah. doakan aku slamat pergi & pulang. bleh jugak amek masa ni untuk mengubati jiwa yg kacau.

kthxbye. :)

jiwa kacau

Wednesday, April 26th, 2006

hoho. bleh lak masuk frenster kat ofis arini. hoho. korang mesti pernah dgr perkataan ‘jiwa kacau’ ni kan? aku pun tgh jiwa kacau sket gak ni. maybe sebab nak pindah, maybe sebab keje, maybe sebab hoho banyak sgt. :p

anyway jiwa kacau ni lebih kurang bermaksud ‘emotionally unstable’. kejap suka kejap duka kejap ceria kejap muram kejap sejuk kejap panas. cara nak atasinya, bagi aku adalah utk menonton tv ataupun jadi gengster kejap; pukul orang ke, curik kereta ke, dan apa2 perkara ganas yg lain. tapi dalam game je lah. dalam real life, mau kena jab aku balik.

kepada usop, nanti aku crite pasal uno ye. dan kepada bookie saji, wa caya samalu beb. nanti world cup ni bleh buat duit sampingan lebih sket. kepada zidan, siva pow, topman, beaver, korang jgn lari lak time world cup ni. hoho.

main futsal

Sunday, April 23rd, 2006

hoho. lama siul x tulis, sejak xde intenet kat umah ni. lagipun idea kering ar dah lama x asah.

anyway, tadi kitorang selaku pemuda2 taman ss3/subang/kolam air telah bermain dalam tournamen liga perdana menteri kat sport planet subang. dah lah kena tipu awal2, ingatkan game kat sport planet sunway. hoho. nasib baik sempat sampai on-time. tupun sempat lagi minum teh tarik kat gerai depan sport planet tu. tapi disebabkan kitorang main 1st game, so xleh ar nak lepak lama2 sgt. lagipun aku dah breakfast nasik lemak faridah pagi tadi.

hoho. aku pun dah lama x masuk tournamen ke, main frenly pun dh x selalu mcm dulu. dah lah main 1st game, so cuak tu mesti ar ada kan. 1st game kitorang kena lauk 5-1 dgn team newcastle. hoho. keje suma nak score dari jauh je.

pastu 2nd game, ada ar improvement sket, dah dapat dah rentak, tapi still ended up losing 3-1 kat team hijau. then next game lawan team merah, gila kitorang attack tapi tah camana kesudahannya seri 3-3. n final game, which is immediately after our game wif the red team, nampak sekor2 muka pancit. hoho.

tapi ok ar kitorang main dgn berbekalkan beberapa muka baru yg bleh menjadi skuad pelapis 1 hari nanti. so diharapkan nanti bila ada tournamen lagi, bleh lah kita lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

HOHOHO. XD