alhamdulillah telah selamat pulang dari kampung. kampung pun x kampung sgt la sebab terletak dalam bandaraya Johor Bahru. pasni PJ lak naiktaraf jadi bandaraya. cambest je. weather kat sana pun lebih kurang kat KL/PJ je, pagi tengahari panas, then petang ujan.
1st stop adalah Kluang umah belah pompuan di mana kazen aku telah melafazkan akad nikahnya walaupun aku x pegi sebab layan bola Che-Manu. hehe. aku lepak umah kazen aku lagi sorang kat Tmn Emas dekat Mobil sambil melayan bola, AIM n PS2. aku rasa kat johor je yang kena ‘keluarga saliha’; xde kena mengena dgn ‘aduh saliha mawi’. mcm biasa wedding kat johor gak lah kena ‘tol’ lah check HIV lah.
then kitorang grak JB lak sebab kazen aku ni org JB. dulu dia dok Tmn Perling tp skrang dh pindah dekat dgn Hyatt, x jauh dari dataran JB; famous dgn hantu lilin 1 ketika dulu. dia nye weding reception buat kat dewan jubli intan dkt jln ayer molek (yekot?) deret penjara JB yg telah ditutup n bangunan telekom. x brapa jauh gak ar dari umah pengantin ni. memang meriah ar sebab dpt jumpa ramai sedara-mara dekat jauh, rapat renggang n yg bemacam2 ragam. sedara belah parents aku dari KL n JB aku kenal la. then sedara belah diorang lagi 1, mostly dari melaka n singapore aku x kenal pun.
yg penting salah satu objektif aku tercapai iaitu untuk melantak murtabak singapore kat larkin perdana. hoho. dah naik rege siut. murtabak special - rm7, murtabak super special - rm9, murtabak deboom - rm11. lupa nak add, bejaya gak beli kerepek macam2 jenis kat bus stop kluang. sepeket besar rm4. sapa nak makan dtg ar umah aku sementara stok masih ada.
tapi kecewa sket sebab x bejaya melantak otak2 gelang patah n mee rebus haji wahid. dan juga x bejaya melawat tebrau city yg baru bukak kat johor jaya. aku hanya bejaya jejak Holiday Plaza je, sempat ar main game seround dua. tempat ni memang heaven utk cd n dvd.
best gak skali skala dapat jalan2 holiday ni, cuma kena pakai duit lebih sket la kalo nak jalan2 pun. yg penting kitorang still mengekalkan semangat ‘kefamilian’. tapi xde ar sampai tahap keluarga ‘Corleone’ yg sanggup buat apa saja untuk protect family diorang even to the extent of killing his own flesh n blood. hoho. byk sgt main game godfather aku ni. respek siut kat Michael Francis Rizzi. aku rasa kalo aku dlm situasi dia, aku wat gak cam dia wat. mesti best nye jadi Don Corleone, walaupun aku hanya donpapachino. hehe.
trasa gak nak naik genting ke sunway lagoon ke xpun cosmo times square pun jadi lah. tgklah maybe bila2 free n ada duit lebih sket, bleh la jalan2 lagi. n akhir skali dpt gak ar mengubat jiwa kacau ini. slamat pengantin baru awin boboy n aween mary n so sori x dpt g korang nye wedding. n slamat pengantin baru juga kepada iwan & diana. jaga diri baik2.
-"Im gonna make him an offer he cant refuse"