Mana titah, patik junjung!

"Mana titah, patik junjung!", 4 perkataan yang sering disebut oleh Hang Tuah kepada Sultan Melaka pada zaman Pemerintahan Melayu Melaka. Segala titah baginda, akan dilaksanakan tanpa dipersoalkan. Kerana sultan adalah kuasa yang paling besar yang harus disegani pada zaman itu. Dan disebabkan itulah juga, rakyat Malaysia telah dijajah oleh bangsa asing selama 450 tahun.

Kalau mengikut sejarah, kerajaan British telah merperdayakan Raja-Raja Tanah Melayu untuk menyerahkan tanah jajahan mereka kepada bangsa asing ini. Raja-Raja ini telah dijanjikan kemewahan dengan syarat negeri mereka diserahkan kepada bangsa penjajah ini. Disebabkan pada zaman itu, rakyat jelata tidak berani mempersoalkan kuasa dan titah Raja-Raja Tanah Melayu, maka mereka dengan relanya juga dikuasai oleh penjajah. Kerana bagi mereka, segala tindakan yang Raja-Raja mereka lakukan atau katakan adalah benar belaka. Oleh itu, tidak perlu dipersoalkan lagi.

Kita berbalik ke masa sekarang, di mana pergolakan sedang berlaku di dalam Malaysia. Adakah kita ingin mendengar bulat2, segala kata2 ketua kita? Adakah kita akan senantiasa mengamalkan dasar "Saya Sokong". Apabila ditanya kepada mereka ini, apakah yang mereka sokong tersebut, mereka mengatakan "Saya sokong kerana dia adalah ketua kami". Adakah mereka ini, tidak boleh dikritik atau ditegur mengenai kelakuan mereka? Adakah kita inginkan sejarah berulang? Pada zaman dahulu kala, penjajahan adalah dengan penaklukan tanah dan peperangan yang dasyhat. Mereka yang mempunyai askar yang ramai serta teknologi yang terkini dengan mudah menguasai orang lain. Cuba bayangkan jika meriam askar2 british berlawan dengan keris pendekar2 melayu. Pasti kita sudah ketahui kesudahan peperangan tersebut dengan mudahnya.

Tetapi zaman sekarang telah banyak berubah. Cara bangsa asing gunakan untuk menjajah sesebuah negara lain, juga telah banyak berubah. Jika dulu dengan menggunakan bala tentera, kini mereka menguasai bangsa lain dengan menggunakan kebijaksanaan mereka. Sekatan ekonomi, ‘pre-emptive strike’, penggulingan kerajaan dengan menggantikan ketua yang kemudiannya menjadi boneka mereka ini. Adakah Orang Melayu di tanah Melayu sendiri ingin membiarkan perkara ini berlaku?

Tanda2 nya telah muncul sedikit demi sedikit. Pertama sekali, di manakah kedaulatan negara kita? Tidak lama lagi, kita akan menyambut 49 tahun kemerdekaan negara Malaysia. Tetapi adakah kita ini benar2 merdeka? Adakah kita perlu bertanya kepada jiran kita, jika kita ingin ‘merenovate’ rumah kita sendiri di tanah kita sendiri, yang memang sah milik kita? Jika jiran kita memang terserlah kesombongan mereka terhadap kita, adakah kita masih mahu menjadi ‘Mr Nice Guy’ dengan bermain golf di negara mereka sambil menepuk2 belakang mereka? Sedangkan permintaan untuk menaikkan harga komoditi dari 3 sen ke 4 sen, pun telah ditolak mentah2, adakah kita masih ingin berunding dengan mereka ini? Itu belum termasuk isu CIQ, isu keretapi dan bermacam2 lagi.

‘Approved Permit’ yang 1 ketika dulu menjadi heboh sehingga menitiskan air mata ‘Iron Lady’ kita masih belum mempunyai jawapan. Apabila ditanya, mengapa 2 orang ‘AP King’ ini diberi begitu banyak AP, dengan mudah dijawab, "Anak you pun dapat AP…". AP yang diberi percuma kepada 2 AP King ini, kemudiannya telah dijual kepada orang lain dengan harga mencecah RM40,000 untuk satu AP. Tujuan asal AP adalah untuk membolehkan orang Melayu, berniaga kenderaan terpakai yang diimport dari negara Jepun. Tetapi nampaknya bagi sesetengah orang, berniaga AP adalah lebih menguntungkan dari menjual kereta yang diimport tersebut. Tak perlu bersusah-payah untuk membuka showroom kereta, kalau sebulan boleh menjual 10 AP pun, berapa keuntungan mereka?

Semua perkara dia atas adalah apa yang aku fahami setelah mendengar ucapan mantan Perdana Menteri yang kita semua sanjungi dan hormati; Tun Dr Mahathir Mohamed, di dalam majlis ‘Jasamu Tetap Dikenang’, anjuran Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara yang telah berlangsung pada 12 Ogos bertempat di Kelab Golf Tropikana. Ternyatalah, banyak lagi "Perjuangan Yang Belum Selesai…".

Memang tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Manusia tidak boleh lari dari kesilapan. Jika kita di atas, ingat2 lah orang yang di bawah ini, kerana tanpa orang yg di bawah ini, maka tiadalah kamu di atas. Segala terguran atau kritikan kami di bawah ini, bukanlah untuk menghancurkan tetapi untuk memperbetulkan apa yang kurang, apa yang silap untuk menjadikan kita lebih maju dan lebih kuat. Tiada niat langsung untuk menjatuhkan mana2 pihak, kerana sesebuah perjuangan, is not because of one individual, but for a greater cause. Leaders come n go, but the cause remains the same n is relevant throught all of time. Kami Pemuda UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara!!!

2 Responses to “Mana titah, patik junjung!”

  1. La Camisa Negra Says:

    i second your opinion and say..
    ;)

  2. Syam Says:

    aku sokong…….Pemuda UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara bukan untuk kepentingan diri sendiri…jgn kaya sorang2 padahal orang lain takder peluang nak kaya sama….aku sokong…hidup UMNO…hidup MELAYU..hidup mantan…

Leave a Reply