hari minggu keseorangan V1
sabtu, 2/9/06
pagi tu ingat nak bangun awal lah, tu sebab balik awal dari saji kul 12. tapi x sampai berapa minit nak lelapkan mata, dtg lak 2 sms. aku ni pantang sket kalo ada orang sms ke orang kol ke malam2, senang terjaga. tapi kadang2 wat bodoh je, malas nak layan. pastu 130 ada lagi sms datang. hokeleh. nasib baik ar member. by that time, aku mmg dh xleh tido. apa2 hal pun, kul 6.55 sharp seperti biasa, aku dikejutkan oleh bunyi ‘celcom’ yg amat familiar. inilah wake up call aku. senang gila nak bangun kalo bunyi ni berkumandang.
sebenarnya, ibu bapa aku dah rancang nak balik Segamat arini sempena Budak Peot nak buat aqiqah kat rumah akak ipar aku nye orang tua. pastu aku rasa Encik Adom dengan Cikgu Zaini gerak JB rumah Tok kat Taman Abad & rumah Tok Mak kat Wadi Hana. diorang hanya dijangka pulang ari selasa. mintak2 lah diorang balik membawa pulang Murtabak Singapore ‘Super Special’ & Kerepek Kari, tu pun kalo diorang singgah Kluang kejap lah.
dan sebab musabab aku bangun awal adalah kerana kononnya, aritu aku bekerja lah tolong mak member aku kat Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor kat Seksyen 7 Shah Alam. Keje mende nye? Keje nak makan je. Pastu minum air milo yg disponsor. haha. Gerak sana kul 9, patutnya YB. Datuk Azalina binti Othman Said nak rasmikan kul 10, tapi digantikan oleh Ketua Setiausaha beliau.
patutnya kitorang 8 orang jagalah tournamen futsal, tapi pastu dah ramai sgt kat 2 court futsal tersebut. so kitorang pun, ditempatkan di acara sepak raga bulatan. sampai sana je, x sampai 15 minit, acara tersebut telah berakhir. cepat gila. baru nak blaja tengok permainan ni, baru nak tolong2 apa yg patut. dah abis dah?
pastu masing2 komplen perut lapar, aku mmg xde hal nye kalo bab2 makan ni. patut dewan makan tersebut hanya boleh dimasuki pada pukul 1, tapi aku & member aku slamba je redah masuk. kebetulan pulak, mak member aku tu, tanya kitorang "Dah makan ke belum?" Paham2 je ar jawapannya kan? So lesen besar dah dapat, sental je ar. mi kari 2 mangkuk, popia 5 ketul. mmg sedap tul makanan katerer ni. ni baru kul 11 ni. tapi dia punya kenyang sampai malam seh.
pastu kitorang ditempatkan lak kat acara galah panjang. lagi haram aku x tau game ni mengenai apa. kitorang jadi ‘line judge’. haha. tengok ar pompuan2 ni berlari-lari anak. sambil tu ada acara karaoke, tapi segan weh nyanyi depan org ramai. xpe, 16/9 ni kita nyanyi selama 6 jam beramai2. then kembali ke gelanggang futsal. team pu3 kickerz, yg dulu aku coach, telah menjadi johan dan membawa pulang RM500. final diorang kalahkan Alam Megah dengan ‘toss coin’. aku dapat merasakan kegembiraan diorang suma sebab kitorang pun penah jadi johan n 1st tournamen kitorang pun penah menang duit. haha. tapi pu3 kickerz nye final, full time 1-1, penalti sudden death pun seri lagi.
actually majlis ‘Belia Bersama Rakyat’ ni memang bagus. sebab ia melibatkan byk acara yg relevan kepada remaja2. mat rempit pun ramai gak yg join. budak2 skolah pun lagi ramai. ada acara memasak, acara tradisional dan akhir sekali futsal. di samping dapat memupuk semangat cintakan negara dan negeri Selangor, dapat lak menang hadiah2 menarik. dan tidak lupa untuk mengingati permainan2 tradisional orang Melayu. bak kata pepatah, ‘takkan Melayu hilang di dunia’. tapi yg paling penting bagi kitorang, sorang dapat RM44.50 untuk kerja yg aku rasa paling mudah aku pernah buat seumur hidup.
September 3rd, 2006 at 6:42 pm
bestnyee aktiviti rakyat tuh…
September 3rd, 2006 at 6:56 pm
bukan nak datang tarik tali..