pembikinan kuih raya

semalam aku dgn mak aku telah memulakan operasi membuat kuih raya tepat pukul 930 pg. walaupun aku dgn muka ngantuk aku, layan bola kat saji sampai kul 2 mlm smlm, tp stil maintain gak tlg mak aku. kalo mak aku yg suruh wat keje, mmg aku x keberatan langsung nk ikut ckp dia. maklumlah, syurga di bwh tapak kaki ibu, so smentara dia masih hidup ni, kenalah berbakti kat dia, jgn bila org yg kita syg dh xde, baru kita menyesal x sudah.

so kuih raya yg turun-temurun kitorang buat ni, diberi nama ‘chocolate rice’, tapi kalo nama dlm bahasa melayu nye, diberi nama kuih ’sarang semut’. tp mostly kita panggil dgn nama english nye je lah. patut this year, mak aku malas nak buat, tapi di atas permintaan kak normi aku, kitorang pun buat gak lah. maybe nak bagi ‘dak man’, husband dia org jerman tu try kuih org malaysia. famili kitorang mmg jenis susah nk disappoint kan org ramai. mcm pintu kete BCS gak ar, patut kos nak repair pintu n cat balik cecah rm1k, tapi mak aku kerana sikap kejiranannya, setel camtu je. sampai skrang ada design kropok kat pintu tu. 1 of a kind weh.

seingat aku, dari time aku kecik, mak aku mmg expert buat kuih ni. dari aku skolah rendah, x posa lg time tu, dh tlg mak aku kat dapur. sambil makan bahan2 dia mentah. sedap weh walaupun dimakan mentah2. nak prepare bahan2 utk kuih raya ni, nak gaul sampai sebati kejap je, yg lamanya nk tunggu dia membakar dlm oven. resipi nye, xde lak aku nk mintak kat mak aku, tapi dari pemerhatian aku, butter 1 buku, telur 2 bijik, tepung ada 2 jenis tepung, nestum, ada vanila essence tu 1 sudu n sebagai pelengkap nye nanti, chocolate rice.

so after gaul bahan2 tu sampai sebati, then masuk lak dalam mesin yg ‘tembak’ kuih tu. acara ‘menembak’ pun aku gak yg wat. biasanya dari 1 buku butter tu, bleh ar dapat ~70 bijik kuih. tupun setelah ditolak aku reserve yg mentahnye. serius sedap weh makan mentah2. pastu masuk dlm oven ~30 minit, maka siaplah kuih tersebut.

so sedar x sedar, tinggal sminggu lagi seblum umat islam menyambut bulan syawal atau lebih tepatnya Aidil Fitri. aku rasa persiapan aku dh complete kot. semalam gak shoping lg seround, ada warehouse sale kat terminal 3 subang airport lama. murah gila siut barang2 dia. aku rasa cukup lah shoping utk raya kali ni, tapi bila dh blk JB nanti, mana tau jumpa baju lawa2 ke, sambar gak selai dua nanti. songkok x sure, nak beli ke x. songkok ada 2 skrang ni, still bleh dipakai. oh lupa, zakat fitrah blum bayar lg. hehe.

so aku rasa, inilah last blog aku utk bulan posa ni. aku teringin nak wat cite pasal arwah deputy, tp x sempat lg. hopefully, bleh ar sempat aku post seblum raya ni. so kalo x sempat, aku di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua org yg aku kenal. kepada geng2 gagak, camana aku nk mintak maaf kat korang ar? kepada anakku, thanx for the kad raya. papa still mencari2 mama baru utkmu. kepada kawan2 ss3ku, kawan yg still sanggup lepak dgn aku, walaupun aku skrang adalah ‘penjenayah’, kalo aku wat open hse rumah baru, aku xkan lupa jemput korang nye. n aku berazam utk turun main futsal kamis mlm jumaat lepas raya nanti, x kisah ar kul 12 ke apa ke. kesian korang, xde keeper berpengalaman.

so ahad ni, insyallah aku dgn parents aku akan gerak JB naik kete DUG4. harap2, dapat ar merasa murtabak singapore, otak2 gelang patah, mee rebus haji wahid, air katira n semua lah, makanan johor yg fames. aktiviti raya pun, aku rasa sama gak kot seperti tahun2 lepas, smayang raya, g rumah MB Ghani Othman, g Istana Sultan Johor, then kalo sempat g Istana Tengku Mahkota Johor. pastu beraya rumah sedara mara kat JB, kat sentosa, kg melayu majidee dan byk lg. posa pun cite pasal makanan, raya pun cite pasal makanan. haha. aku x taulah aku sorang je ke, atau rakyat Malaysia mmg asyik je dgn makanan. lepas raya nanti, sure byk opeh house. last yr, rekod kejohanan hidup aku, 5 open hse dlm masa sehari. tu pun kul 10 mlm, patut grak open hse lg 1, tapi serius dh x larat nak makan2 lg.

-Menjelang hari raya, berakhirnya puasa, bergema takbir senja menyambut syawal tiba. Suasana riang ria, terlihat sini-sana, menyeri malam raya terhias indah rupa. Cantik berseri-seri tua dan muda, berpakaian serba baru. Sungguh meriahnya miskin kaya pun turut bergembira. Selamat hari raya Aidilfitri mulia, semoga berbahagia hidup aman sentosa-

5 Responses to “pembikinan kuih raya”

  1. syed Says:

    pertama skali aku nk tanya ko. ko dh ada anak ke???????????? eza bgtau cpt jgn nk rahsia2 lg?

  2. syed Says:

    pertama skali aku nk tanya ko. ko dh ada anak ke???????????? eza bgtau cpt jgn nk rahsia2 lg?

  3. BobbY play BasS Says:

    1st of all,aku nak ucap slamat hari raya kepada eza dan rakan2 gagak,maaf zahir dan batin! 2ndly,eza keje nak makan jer,x habih2 mende mentah pon dier bedal gak!! 3rd and the last one,haa nie serious sket nih “WOI ABG EZA CAMNA KO ADER ANAKNIE?? MAMA LAA PAPA LAA,EXPLAIN2!!! AKU NAK KO BUAT ‘PBM (PENGAKUAN BERANI MATI)’ CURIOUS GILER DOWH!!!”

  4. ZielaNeo Says:

    eh kuih raya tu wat byk2,pastikan kitorg sume dtg raye umh ko,kuih mmg lebih dari cukop..sbb bile lagi nak rase air tangan ko tu melainkan pd hari raya yg mulia..ihihi

  5. Fadhli Says:

    Selamat Hari Raya juga kepada kau weh… jangan lupa akedemi kita weh.. hahhaha.. apa-apa pun nama aku still akan berada atas nama ko.. hehehe…
    Jangan lupa solat weh eza.. orait.. salam…

Leave a Reply