clerks 2, shrek 3, reno 911 miami, scoop, free jimmy, miami vice, gone, the last mimzy, fantastic 4, 1408

lol, blambak lagi movie yg berjaya dilayan, tapi mostly x brapa best pun. anyway, first up, cite clerks 2. cite bangang, pasal 2 org member sehati sejiwa yg keje waiter kat kedai fast food. dicampur dgn ‘jay & silent bob strikes back’ punya orang, u get the picture, betapa kelakar n lawak bangang yg menghiasi dalam movie ni.

shrek 3, hampeh gile cite. aku rasa pasni dh xyah buat cite shrek lagi lah. still ingat masa shrek baru2 kuar, layan kat midveli show midnite, dgn bau kaki mamat seblah, potong gile tgk cite ni. so, shrek 3 ni lawak dia dh hambar dh. bleh tetido lah sapa yg layan. reno 911 miami, cite pasal polis yg terpaksa dikerah utk menjaga bandar miami, hanya kerana polis2 yg lain kena kuarantin, sebab kena biological attack. haha. lawak bangang gak cite ni. cite nk blue je.

scoop, cite ala2 detektif, mengenai seorang up-n-coming journalist yg dapat ’scoop’ atau sumber daripada seseorang yg telah mati. x seram pun cite ni, cuma boleh lah utk mengisi masa lapang. free jimmy lak, cite pasal seekor gajah yg stoned yg hendak dibebaskan oleh byk pihak. ada pihak animal activist, ada pihak gengster, ada pihak junkie yg salah bagi gajah ni ‘makan’. haha. half way cite ni, aku dh x brapa fokus.

miami vice, cite penuh aksi. dulu kat tv, fames ar tv series miami vice ni, aku pun ingat2 lupa ar cite dia. cite pasal ‘rich & corrupt cop’ yg telah pergi undercover utk memberkas empayar druglord di seluruh dunia. bukan hanya dadah, malah senjata dan macam2 lagi. so 2 mamat ni, telah ditugaskan utk menjatuhkan kingpin tersebut. gone, cite psycho thriller yg aku pun x brapa paham. pelik sgt cite ni. cite pasal 1 couple yg hitchhike bersama sorang mamat lagi yg mereka baru kenal, going on a roadtrip around australia. along the way, mamat ni nak ‘rampas’ minah ni dari boifren dia. pening kpala aku layan cite ni.

the last mimzy lagi lah. aku tgk x sampai 10 minit, trus potong stim. then layan fantastic 4:rise of the silver surfer. sequel kepada part 1. tapi kali ni, dr doom kembali lagi. kisah pasal nk menentang kedatangan silver surfer yg buat kecoh kat bumi. x best langsung cite ni, silver surfer beraksi pun skejap je. last2 dr doom gak villain nye, silver surfer yg telah menyelamatkan bumi dari ancaman galactus. hampeh nye cite, x sampai pun sejam stengah.

so like they say, save the best for last; again. 1408. mula2 aku x tau pun apa cite ni. tapi bila dh layan, mula lah terserlah kebestan cite ni. ia berkisar terhadap seorang penyiasat paranormal yg x percaya pada hantu ni, malah x pernah pun jumpa dgn hantu. so dia pun, telah g investigate sebuah bilik 1408(kalau tambah, total jadi 13) kat sebuah hotel ni. manager dah saun, jgn masuk, nanti konfem mampus nye. tapi dia degil gak, konon2 nk solve misteri tersebut. cuba ko bayangkan, ko diberi masa 60 minit, untuk survive dlm bilik tu, xleh kluar pun, xleh interact dgn dunia luar pun, n surrounded by ‘ghostly spirits. graphically, xde pun kuar hantu tersebut, cuma shock n suspense je lebih. tapi still tekejut beruk gak ar. then habis 60 minit, ia berulang2; cara nak kuar hanyalah dgn membunuh diri. tapi mamat ni, fight back, korang mesti terkejut nye dgn tindakan yg dia ambil.

-I still don’t have the reason, And you don’t have the time, And it really makes me wonder, If I ever gave a fuck about you; Give me something to believe in, Cause I don’t believe in you, Anymore, I wonder if it even makes a difference to try, So this is goodbye-

Leave a Reply